View Full Version
Kamis, 21 Jul 2011

Selamat Jalan dr. Lo' Lo'

KUALA LUMPUR – Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) amat berasa kehilangan atas pemergian almarhumah yang merupakan ahli Parlimen Titiwangsa itu, ujar Siti Zailah Mohd Yusuf selaku Ketua DMPP yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang  ketika ditemui di Masjid Al- Akram, Datuk Keramat sebentar tadi.

dr lo' lo

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga atas pemergian almarhumah yang amat kami sayangi ini.”

Beliau mewakili DMPP turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhumah Dr Lo' Lo'.

dr lo' lo

“Pemergian bekas ahli jawatankuasa DMPP dan PAS Pusat itu sebagai kehilangan besar dalam perjuangan,” kata timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Dalam pada itu, dengan nada sebak beliau juga meluahkan yang dirasanya, beliau kehilangan sahabat dan kakak yang disayangi dan dihormati dalam perjuangan ini.

Berikut adalah profile tentang dr. Lo' Lo'

TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957
UMUR: 54 TAHUN
TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK
PEKERJAAN: DOKTOR


LATAR BELAKANG AKADEMIK:
1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH
2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH
3. KOLEJ ISLAM KLANG
4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN)
5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST


KEGIATAN DI UNIVERSITI:

1. AHLI MPP UKM
2. EXCO PERSIAP UKM


PERTUBUHAN NGO:
KHIM
Yayasan Amal Malaysia
PPIM
PAPISMA
Persatuan Allergy & Aesthetic
Persatuan Hypertension
AFMY
ABIM
Al Khadeem
JIM
Persatuan Alumni FPUKM
Alumni ALKIS
Alumni SISTA.


KEGIATAN DALAM PAS:
AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
Ketua Pengarah Al-Nisa’
Ajk Kerja Pas Pusat
Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.


JAWATAN KINI:
AHLI PARLIMEN TITIWANGSA
PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL

PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA: PERNAH BERTANDING DI PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG DALAM PILIHANRAYA KE-11.

KELUARGA:

Bapa: Allahyarham Dato Hj Mohd Ghazali.
Ibu : Allahyarhamah Datin Hjh Zainab.
Suami: Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim.
Adik beradik :8 orang.
Anak-anak 4 orang: Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan.
Menantu : Mohd Azizy dan Nur Hafizzah.
Cucu :'Izz Nu'man

dr lo lo

Almarhumah menghembuskan nafas terakhir  di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi setelah bertahun-tahun menghidap kanser paru-paru. Mudah-mudahan Allah ta'ala menempatkan beliau di tempat yang terbaik.  Allah ampuni segala dosanya dan diterima amal ibadahnya [atriza binti omar]


latestnews

View Full Version